SECRET OF ROSELLE
Roselle adalah SPESIES BUNGA RAYA. Tumbuhan ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Beberapa jenis ROSELLE yang tumbuh liar di beberapa negeri juga dikenali dengan berbagai-bagai sepertii asam paya, asam belanda, asam kumbang atau asam keling.
Contoh ROSELLE seperti ini.
ROSELLE atau istilah sains adalah hibiscus Sabdariffa
Bunga ROSELLE bewarna cerah, salut bunga atau kaliksnya bewarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya. Bahagian bunga Roselle yang boleh diproses menjadi makanan adalah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai hasil makanan, minuman, halwa, jeli, sos, jeruk serta bermacam lagi.
NILAI PERUBATAN
Ada sesetengah pengkaji mengkelaskannya sebagai sebahagian daripada tumbuhan herba yang mana kegunaannya sebagai penawar semulajadi sejak dulu. Secara umumnya ROSELLE mengadungi vitamin C tyang tinggi. Vitamin D, vitamin b1,B2 dan B kompleks. Selain dari asid sitrik dan maliek mengandungi pektin yang tinggi yang menyebabkan roselle pilihan paling tepat sebagai bahan utama jem dan huice.
ROSELLE SEBELUM DIKERINGKAN
Tweet
No comments:
Post a Comment